Ini Dia Antaramuka LG V30 – Pengecaman Wajah/Suara, Floating Bar, Always On Display

reka bentuk konsep LG V30

Pada akhir bulan ini LG V30 akan dilancarkan secara rasmi. Berikutan ianya peranti utama, LG sendiri telah berkongsi sedikit kandungan bagaimana rupa bentuk antaramuka pada model kali ini. LG V30 akan menggunakan UI 6.0+ terbaru bersama fungsi seperti pengecaman wajah, nyahkunci melalui suara, Floating bar, Graphy, dan Always On Display.

Floating bar yang telus ini akan memaparkan aplikasi yang sering dibuka oleh pengguna. Jika pengguna tidak mahukannya, ia boleh ditutup dan dibuka pada bila-bila masa.

Beralih kepada Alaways On Display (AOD), syarikat Korea ini mengatakan ia boleh memaparkan penunjuk masa, Quick Tools, Music Player, malahan gambar pengguna juga boleh ditetapkan.

Dari segi keselamatan, LG meletakkan fungsi pengecaman wajah sebagai ciri utama. Ia boleh mengakses telefon semasa skrin terpadam termasuk ciri nyahkunci melalui suara. Dengan menggunakan fungsi “Haptic feedback”, gegaran telefon boleh ditetapkan mengikut nada dering.

Akhir sekali, mengenai perisian kamera, Graphy dapat membantu pengguna amatur menjadi seperti seorang jurugambar profesional. Bagaimanapun, sehingga LG V30 dilancarkan kelak, kemungkinan ciri-ciri sampingan juga akan diperkenalkan.

You might also like