
Rupa Segar Mozilla
Tahun ini Mozilla melakukan pembaharuan dari segi visual bagi penjenamaan mereka dengan memperkenalkan logo baru syarikat tersebut.
Menurut Mozilla, logo baru yang diilhamkan dari URL web itu jelas menunjukkan teras syarikat tersebut yang berasaskan Internet. Ia juga menunjukkan komitmen Mozilla untuk menyediakan servis yang lebih baik dan membangunkan fungsi-fungsi Internet yang hebat kepada pengguna pada masa akan datang.



