

Bermula hari ini kebanyakan syarikat telco di Malaysia sudah membuka pra-tempahan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kepada orang ramai. Peranti Apple ini akan mula diedarkan pada 20 Oktober 2017 iaitu minggu hadapan.
Seperti yang diketahui, harga tawaran model iPhone pada kali ini adalah paling tinggi pernah dijual. Ini kerana Apple telah memasukkan pelbagai ciri baru seperti pengecasan pantas, pengecasan tanpa wayar, kerangka panel gelas, NFC, paparan True Tone, Potrait Lighting, dan kamera, speaker stereo serta storan yang dipertingkatkan.
Jika anda mengambil keputusan untuk tidak membeli secara ansuran, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus boleh didapati di dua penjual sah Apple iaitu Machines dan Switch pada harga :
- iPhone 8 (64GB) – RM3,649
- iPhone 8 (256GB) –
RM4399 - iPhone 8 Plus (64GB) – RM4149
- iPhoen 8 Plus (256GB) – RM4,899
Selain itu, model terdahulu iPhone 7 dan iPhone 7 Plus pula menerima penurunan harga sebanyak RM450 dan RM350 untuk kesemua varian.

