SanDisk SSD Plus : Lebih Kapasiti, Lebih Prestasi

Product: SanDisk SSD PLUSWestern Digital Corporation, peneraju teknologi penyimpanan data terkemuka telah melancarkan SanDisk SSD Plus, produk terbaru mereka untuk pasaran pengguna. Peranti ini adalah produk ideal untuk pengguna yang mencari untuk meningkatkan prestasi pada desktop atau laptop mereka.

SanDisk SSD Plus mampu memendekkan masa boot-up dan shutdown, pelancaran perisian yang lebih pantas dan pemindahan data lebih baik dari generasi produk sebelum ini. Ia hadir dalam pilihan kapasiti 120GB, 240GB dan 480GB yang menggunakan teknologi TLC NAND flash memory yang memaksimakan kepantasan membaca dan menulis data.

SanDisk SSD Plus juga dilengkapi perisian diagnostik SSD Dashboard yang membolehkan anda memantau prestasi, melakukan selenggaraan dan pelbagai fumgsi lain bagi memastikan peranti sentiasa berada dalam keadaan baik.

Harga

  • SanDisk SSD Plus 120GB      : RM 239
  • SanDisk SSD Plus 240GB      : RM 499
  • SanDisk SSD Plus 480GB      : RM 629
You might also like