
Berpaksikan kepada 3 tunjang utama iaitu, Speed Solution dan Satisfaction, Samsung menjanjikan bahawa servis aftersales yang lebih baik melalui program Smart Service kepada semua penggunanya.
Di samping menekankan kepantasan untuk menyelasaikan masalah dan isu yang dihadapi pengguna, Samsung juga akan memperkenalkan servis Remote Assistance yang membolehkan pakar dari Samsung membantu pengguna dengan melakukan proses diagnostik dan juga bantuan dari jauh. Servis ini akan beroperasi sepanjang masa pada setiap hari melalui talian 1-800-88-9999.
Selain itu Samsung juga membuka 21 Pusat Servis Ekspres di seluruh negara bagi pengguna mendapatkan bantuan berkenaan peranti mereka dengan pantas, termasuklah baik pulih smartphone. Kesemua pakar yang ditempatkan di pusat servis tersebut dijamin mampu menyelesaikan masalah smartphone anda dalam masa yang singkat.
Samsung Experience Store juga turut serta dalam program Smart Service ini, pelanggan boleh mengunjungi Samsung Experience Store bagi mendapatkan kemas kini perisian terbaru, proses set-up, dan juga pelbagai tutorial berkenaan peranti serta perisian Samsung. Bagi mereka yang tidak dapat mengunjungi Pusat Servis Ekspres untuk baik pulih, anda juga boleh menghantar peranti ke Samsung Experience Store, mereka akan menguruskan semua proses dari penghantaran ke pusat servis.
Samsung juga menawarkan tambahan jaminan kepada pengguna mereka yang berminat. Anda booleh mendapatkan tambahan jaminan selama satu tahun untuk produk anda dengan mengunjungi Pusat Servis Ekspres.