
Apple iPod Touch yang sudah lama tidak menerima kemas kini, akhirnya telah mengumumkan iPod touch 2019 yang menggunakan cip pemproses A10 Fusion seperti pada iPhone 7.
Pemain muzik iPod Touch kini telah memasuki generasi yang ke-tujuh dan dengan kemas kini baharu ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri menarik salah satunya adalah Apple Arcade.
Ia dilengkapi dengan paparan skrin 4 inci retina beresolusi 1136 × 640 piksel, terdapat 3 jenis storan iaitu 32GB, 128GB dan 256GB untuk dipilih. Bahagian kamera pula diletakkan lensa utama 8MP dan kamera swafoto 1.2MP, dan beroperasi iOS 12.
iPod Touch kini ditawarkan pada harga bermula RM899, RM1,349 dan RM1,799, menariknya terdapat sebanyak 6 warna yang boleh dipilih antaranya Pink, Silver, Space Gray, Gold, Blue dan Red (Product RED).
Maklumat lanjutan, layari laman rasmi Apple.

