
RedmiBook 14 Enhanced Edition Di Perkenal – Dijual Pada Harga Bermula Dari RM2359!!
Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro telah pun dilancarkan. Namun langkah Redmi tidak terhenti disitu apabila mereka juga turut memperkenalkan komputer riba terbaharu daripada mereka yang dikenali sebagai RedmiBook 14 Enhanced Edition.
Komputer riba ini hadir dengan skrin 14″ IPS LCD FHD display dan tampil dengan pemproses Core i5-10210U / Core i7-10510U dan disertakan memori sebesar 8GB dan storan sehingga 512GB.
Versi terbaharu ini bakal tampil dengan 3 varian yang memfokuskan kepada pelbagai golongan. Berikut adalah 3 varian yang hadir:
- Model Asas: Core i5-10210U + 8GB RAM + 256GB SSD + Nvidia MX250
- Model Pertengahan: Core i5-10210U + 8GB RAM + 512GB SSD + Nvidia MX250
- Model Perdana: Core i7-10510U + 8GB RAM + 512GB SSD + MX250

Tampil dengan 2 warna baharu iaitu Merah Jambu dan Kelabu memberikan sentuhan eksklusif pada komputer riba ini.
Peranti -peranti ini bakal hadir di pasaran dengan harga seperti berikut:
- Model asas – RMB3999 (kira – kira RM2359)
- Model pertengahan – RMB4499 (kira-kira RM2,654)
- Model Perdana – RMB4999 (kira – kira RM2,949)
_____________________________
Artikel Berkaitan:
- Redmi Note 8 Kini Rasmi Pada Harga bermula Dari RM589 –…
- Redmi Note 8 Pro Kini Rasmi Pada harga Bermula Dari RM825…
- [TERTIRIS] : Redmi Note 8 Pro Bakal Hadir Dengan Rekaan Takuk Kecil & Kotak…
- Hasil Gambar Low – Light Dari Lensa Redmi Note 8 Dikongsi – Ehem…Boleh Tahan!
- [TERTIRIS] : Redmi Note 8 Pro Bakal Dilengkapi Sistem Penyejukan Cecair & Bateri Berkapasiti…
- Siri Redmi Note 8 Sah Bakal Tampil Dengan MediaTek Helio G90T

