12 Moto Mods Untuk Tahun 2017

2Jika anda pemilik Moto Z / Moto Z Play ataupun bercadang mendapatkan peranti ini, ada satu berita yang sangat baik untuk anda.

John Touvannas, Pengarah Lenovo Moto Mods, menyampaikan komitmen mereka terhadap konsep modular yang diketengahkan pada model Moto Z / Moto Z Play dengan menyatakan bahawa mereka akan menghasilkan komponen modular baru setiap tahun.

3Penghasilan komponen modular adalah melalui kerjasama dengan pihak ketiga seperti Mophie, Incipio dan Kate Spade. Menurut John Touvannas lagi, pada tahun hadapan mereka mensasarkan untuk melancarkan sekurang-kurangnya 12 komponen modular. Bebrapa komponen yang menjadi sebutan adalah skrin kedua pada panel belakang, dok kereta Incipio dan bateri Mophie.

 

You might also like