WhatsApp Mungkin Tidak Akan Berfungsi Lagi Pada Smartphone Anda

Jangan terkejut sekiranya tiba-tiba aplikasi WhatsApp tidak boleh digunakan lagi pada peranti anda. Ini kerana WhatsApp akan menghentikan sokongan operasi kepada sesetengah peranti.

2

WhatsApp memuat naik kenyataan bahawa mereka bertindak sedemikian bagi meletakkan fokus operasi sepenuhnya kepada model peranti yang digunakan majoriti pengguna. Bermula tahun hadapan sekiranya anda menggunakan peranti atau versi sistem operasi di bawah, anda perlu naik taraf peranti atau kemas kini sistem operasi bagi terus menggunakan WhatsApp.

  • BlackBerry OS dan BlackBerry 10
  • Nokia S40
  • Nokia Symbian S60
  • Android 2.1 and Android 2.2
  • Windows Phone 7
  • iPhone 3GS/iOS 6

Untuk membaca kenyataan penuh, sila layari laman blog WhatsApp.

You might also like