
OPPO F9 Pro Tertiris! Sokongan VOOC Lebih Pantas!
Baru sahaja dilaporkan bahawa OPPO F9 akan dilancarkan di pasaran tempatan pada bulan Ogos nanti, terkini tertiris pula reka bentuk OPPO F9 Pro yang lebih jelas memperlihatkan rekaan skrin jenis titisan air.
Selain itu, panel belakang dengan kehadiran dwi kamera bersama LED flash turut disediakan. Gambar acah yang didedahkan lebih memfokus pada sokongan pengecasan pantas VOOC, di mana slogan “5-minute charge, 2-hour talk” jelas membuktikan kepantasan teknologi VOOC yang dibanggakan selama ini.
Spesifikasi lain masih menjadi misteri lagi, namun apa yang pasti ia akan didedahkan secara berperingkat pada masa terdekat.

