- Iklan -

Imej Reka Bentuk Huawei P Smart (2019) Kini Tersebar, Dikuasakan Dengan Cip Kirin 710

- Iklan -

Sebaran imej yang ‘kononnya’ merupakan rekaan fizikal model Huawei P Smart (2019) kini menjadi perhatian ramai. Menurut sumber, rekaannya dikatakan mirip dengan Honor 10 Lite yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.

Aurora Blue

Gambar yang tular itu menunjukkan Huawei P Smart (2019) yang menggunakan nama kod ‘Potter’ ini hadir dengan paparan berukuran 6.2 inci IPS LCD FHD+ bersama resolusi 2340 x 1080 piksel. Ia juga mempunyai takuk kecil pada bahagian dahi yang menempatkan kamera hadapan.

Dari segi spesifikasi asas, telefon pintar ini dikuasakan oleh cip pemproses Kirin 710 dan bakal tersedia dalam dua variasi pilihan memori iaitu 3GB RAM + 32GB dan 3GB RAM + 64GB.

Midnight Black

Sumber turut menyatakan, Huawei P Smart (2019) menggunakan sistem operasi EMUI 9 berasaskan Android 9 Pie dan dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3,400 mAh. Ia juga tersedia dalam dua pilihan warna berbeza iaitu Midnight Black dan Aurora Blue.

Buat masa ini masih tidak banyak maklumat dan spesifikasi lain mengenai telefon pintar ini yang diketahui. Bagaimanapun, ia dikatakan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Jadi, sama-sama kita tunggu~

[SUMBER], [SUMBER1]

_________________________________________________________________

Baca juga :

- Iklan -

You might also like