
Samsung Perkenalkan Galaxy Note 9 Dalam Edisi Warna First Snow White Di Taiwan!
Selepas melancarkan telefon pintar edisi ekslusif Samsung Galaxy Note 9 yang berwarna Lavender Purple baru-baru ini, kali ini mereka menarik perhatian ramai dengan melancarkan telefon pintar edisi warna First Snow White pula!
Ia merupakan warna alternatif bagi Galaxy Note 9 yang sebelum ini hadir dengan beberapa pilihan warna seperti Ocean Blue, Midnight Black dan juga Metallic serta warna terbaru Lavender Purple. Apa yang pasti, warna ini sememangnya sesuai untuk dijadikan hadiah sempena Sambutan Hari Natal yang disambut pada 25 Disember 2018 setiap tahun.
Samsung Galaxy Note 9 disertakan dengan ciri yang menakjubkan seperti kuasa pemprosesan yang pantas, sistem kamera yang terbaik dan bateri yang tahan lama. Sungguhpun begitu, warna First Snow White ini hanya tersedia untuk pasaran Taiwan sahaja buat masa sekarang.
[SUMBER]
Baca juga:
- Samsung Galaxy Note 9 & Galaxy S9/S9+ Terawal Menerima Kemas Kini Android Pie – Januari 2019
- Samsung Perkenal Galaxy Note9 Dengan Warna Lavender Purple
- Zon Perbandingan : Huawei Mate 20 Pro vs Samsung Galaxy Note 9 vs iPhone XS Max
- Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy Note9, Peningkatan Kuasa Lebih Sempurna
- Samsung Menaja 3 Orang Pemenang bertuah Ke Korea Selatan