
Siri Note baharu Samsung Galaxy Note9 secara rasminya akan dijual di pasaran tempatan mulai 24 Ogos, walaupun pra-tempahan mencatat hasil yang sangat mengagumkan, namum masih ada segelintir pengguna di luar sana masih meragu-ragu adakah berbaloi dimiliki.
Setelah membaca (menghafal?) perbezaan antara Galaxy Note9 dan Galaxy Note8 yang disediakan khas untuk pembaca kami, jadi hari ini kita tengok pula apa yang berbaloi sangat dengan tawaran harga ini. Perbezaan >> Galaxy Note9 vs Galaxy Note8

PAKEJ PEMBELIAN
Boleh rujuk video unboxing kami…
CIRI-CIRI PENAMBAHBAIKAN PADA GALAXY NOTE9
Paparan Skrin 6.4 Inci
Skrin 6.4 inci walaupun hanya sedikit besar berbanding Note8, tetapi dengan gabungan teknologi Super AMOLED QHD+ dan HDR 10 menawarkan visual penglihatan yang begitu memuaskan, terutama semasa bermain permainan seperti PUBG Mobile dan Fortnite.
Cip Pemproses Samsung Exynos 9810
Pemproses Octa-core Exynos 9810 pada Note9 kali ini dipadankan dengan pilihan 6GB dan 8GB RAM yang masing-masing padan pada storan dalaman 128GB dan 512GB.
Salah satu titik fokus yang sering disebut adalah tambahan kad microSD sehingga 512GB yang boleh menjadikan Note9 sebagai storan awan mudah alih.

Sepanjang tempoh reviu ini, kami berasa Galaxy Note9 berjaya menawarkan pengalaman yang sangat memuaskan sama ada dari sentuhan antaramuka ataupun kelancaran pemprosesan dalam mod permainan atau video.


Ini semua terbukti dengan hasil ujian prestasi benchmark, jelas menunjukkan keupayaan Galaxy Note9 adalah terbaik berada di carta paling atas.
Kapasiti Bateri Lebih Besar 4,000mAh
Persoalan kapasiti bateri telah menerima penambahbaikan pada Note9, di mana seunit bateri berkapasiti 4,000mAh ditawarkan, berbanding Note8 yang hanya mempunyai 3,300mAh peningkatan ini sangat menggembirakan peminat Note.
Kami telah mencuba menggunakannya sepanjang hari dengan bermain permainan PUBG Mobile, mengambil gambar, melayari Internet dan menonton YouTube, hasil penggunaan bateri sangat tahan lama kerana sehingga waktu malam bateri masih tinggal di antara 25%. Prestasi ini boleh dikatakan paling baik berbanding siri Note sebelumnya.
Walaupun menyokong kuasa pengecasan pantas, tetapi kami rasa prestasi pengecasan sederhana sahaja. Ia mengambil masa 1 jam 53 minit untuk sekali isian penuh bermula dari 9%, mungkin siri Note yang seterusnya boleh mempertingkatkan prestasi pengecasan setelah isu kapasiti bateri mendapat komen positif dari pengguna.
Peranan S-Pen Sebagai Alat Kawalan Jauh
Siri Note tidak sempurna sekiranya tiada kehadiran S-Pen, sama juga kepada S-Pen sekiranya tiada peningkatan pada pen stylus ini maka tiada maknanya Note diteruskan.

Keupayaan S-Pen Galaxy Note9 kali ini mempunyai “peranan” baharu, iaitu sebagai alat kawalan jauh.
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
Anda boleh mengambil gambar hanya menekan S-Pen walaupun berada jauh dari 10 meter, di samping sesi pembentangan, mengawal muzik, melayari galeri juga boleh dilakukan pada S-Pen ini. Semua operasi berfungsi pada sambungan Bluetooth dan hanya perlu mengecas selama 40 saat untuk mencapai penggunaan selama 30 minit.
Keupayaan Dwi Kamera 12MP

Penampilan dwi kamera utama 12MP + 12MP dan kamera hadapan 8MP adalah sama dengan Note8, apa yang berbeza adalah sokongan aperture f/1.5 + f/2.4 yang boleh melaras nilai bukaan secara automatik mengikut keadaan pencahayaan di sekeliling anda.

Selain itu, teknologi AI pada kamera turut dibekalkan dengan sebanyak 20 mod boleh dikesan.
HASIL GAMBAR
Tidak bercakap banyak, hasil gambar adalah bukti yang paling jelas dilihat!
Backlighting


Kucing

Indoor


Zum Optikal – 1x – 2x


Outdoor


Makro

Malam

Senja

Makanan

Potret

Swafoto

Slow-Mo
AKHIR KATA…
Walaupun Galaxy Note9 tidak banyak beza dengan Note8, tetapi ia boleh dianggap sebagai peranti siri Note yang berbaloi dimiliki. Kenapa?

Pertama, kuasa dalaman cip pemproses yang dipertingkatkan dengan memori RAM besar menjanjikan prestasi peranti berada pada tahap terbaik.
Kedua, sokongan S-Pen yang lebih “berperikemanusiaan” sangat memudahkan kerja sama ada membuat pembentangan, atau mengambil gambar hanya dengan pen ini.
Ketiga, penambahbaikan yang sangat ketara pada bateri 4,000mAh mempunyai ketahanan yang lama. Jika prestasi pengecasan boleh bertambah baik lagi maka lebih sempurna lah Note9.
Keempat, kamera utama 12MP + 12MP yang boleh melaras nilai bukaan aperture secara automatik antara f/1.5 atau f/2.4 ini menjanjikan gambar diambil seperti juru gambar berpengalaman.

