Siri PlayStation 5 Diperkenal!!! – Memang Rambang Mata!!

529

Buat kaki game memang korang akan excited kerana Sony telah memperkenalkan PlayStation dalam satu majlis khas.

Menariknya, PlayStation 5 tampil dengan 2 versi iaitu PlayStation 5 (menggunakan cakera) dan PlayStation 5 Digital Edition (sepenuhnya digital).

Tambahan lagi, Sony turut memperkenalkan aksesori siri PlayStation 5 ini mana ia tampil dengan alat kawalan media, set kepala, kamera HD dan alat kawalan permainan DualSense.

korang jangan excited sangat kerana Sony masih belum mengumumkan harga dan tarikh jualan. Jadi, sama-sama kita nantikan!!

Sebanyak 26 permainan akan dihadirkan pada PS5 ini antaranya ialah Gran Turismo 7, Project Athia, Ratchet & Clank: Rift Apart, Stray dan banyak lagi.