Apple iPhone 7 Plus – Tampil Dalam Warna Biru & Dipercayai Sokong RAM 3GB

iphone-7-blueSetiap hari pasti ada sahaja ketirisan terbaru yang dikongsikan di Internet berhubung pelbagai maklumat tentang sesebuah model yang akan dilancarkan di pasaran. Selagi ia belum didedahkan secara rasmi, selagi itulah ada sahaja maklumat terbaru yang akan dikongsikan.

Berdasarkan kepada klip video yang dikongsikan baru-baru ini, Apple dipercayai bakal memperkenalkan buat pertama kalinya warna baharu iaitu biru pada iPhone 7 Plus keluarannya itu nanti. Lebih menariknya, unit mockup iPhone 7 Plus yang didedahkan di dalam video itu juga turut memperlihatkan penyediaan smart connector pada panel belakang kerangkanya untuk sambungan aksesori.

Di dalam laporan yang berasingan yang dikeluarkan oleh DigiTimes pula, Apple dikatakan bakal memperkenalkan model dengan sokongan RAM berkapasiti 3GB. Sumber itu juga turut mengatakan bahawa cip memori seperti itu mungkin akan meningkatkan kos penghasilan iPhone dan faktor ini sudah tentunya mendorong Apple untuk memperkenalkan RAM 3GB tersebut hanya untuk variasi model tertingginya iaitu iPhone 7 Plus.

iP7 Plus vs iP6 Plus
iP7 Plus vs iP6 Plus

pic 1.3 pic 1.4 pic 1.5 pic 1.6 pic 1.7 pic 1.8Menurut laporan yang diterima itu juga, siri iPhone 7 akan mula diumumkan seawal bulan September 2016 nanti dan penerimaan pra-tempahan dikhabarkan akan bermula pada 9 September.

 

You might also like