Laman Web Muncul, PlayStation 5 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi?

Sony dilihat telah melancarkan laman web PlayStation 5 (PS5) secara spontan di laman web PlayStation. Sekaligus ramai berspekulasi bahawa Sony seperti bakal berkongsi beberapa maklumat penting termasuk ciri hebat yang boleh diharapkan daripada PS5. Laman web berkenaan juga mengesahkan ia akan dilancarkan pada musim percutian tahun ini – sekitar bulan Oktober hingga Disember.

Pun begitu, Sony mengatakan mereka masih belum bersedia berkongsi maklumat sepenuhnya mengenai PlayStation generasi seterusnya itu. Namun, orang ramai boleh mendaftar minat untuk menjadi antara yang pertama menerima kemas kini – termasuk berita mengenai tarikh perlancaran, harga dan senarai permainan yang bakal datang. Daftar minat DI SINI.

You might also like