Apple AirPods Pro Dengan Sokongan Pembatalan Bunyi Kini Rasmi – Harga Jualan RM1,099

MENGEJUT DAN TERKEJUT! Apple kini secara rasmi memperkenalkan produk baharu di bawah penawaran fon telinga keluaran mereka – AirPods Pro. Fon telinga ini hadir dengan ciri tanpa wayar bersama sokongan pembatalan bunyi ‘noise’ yang aktif. Menariknya lagi, ia dikemas kini dengan reka bentuk lebih releven – sesuai untuk pengguna yang sentiasa mengutamakan sesuatu produk yang lebih ergonomik.

Di samping itu, ia juga dibina dengan sokongan dua mikrofon secara terbina ntuk memberikan pengalaman audio terbaik. Fon telinga ini diselitkan dengan cip H1 – yang mana Apple mendakwa ianya mampu menyajikan sehingga lima jam masa mendengar. Ia juga didatangkan dengan kotak pengecasan khusus secara percuma. Bagi yang berminat, harga ditawarkan adalah RM1,099 dan layari  Apple.com/my Apple Store app untuk maklumat ketersediaan. Jom shopping juga pelbagai produk Apple, DI SINI

You might also like