Reviu Eksklusif: Bagus Sangat Ke Vivo NEX 3 Ni?

 

Sesiapa yang meminati jenama Vivo pasti mengetahui bahawa siri Vivo NEX dari dahulu sehingga kini mempamerkan revolusi dari segi rekaan dan spesifikasi. Bermula dengan rekaan pop up camera, kemudian diikuti dengan dwi skrin dan kini tampil dengan skrin melengkung membuat korang nak beli. Tapi bagus ke Vivo NEX 3 ini? Korang tengok laa sendiri!

 

Spesifikasi Ringkas!

  • 6.89″ POLED FHD+
  • Funtouch OS 9.1 (Berdasarkan Android 9.0)
  • Snapdragon 855 Plus
  • 8GB + 256GB
  • Kamera Belakang: 64MP + 13MP + 13MP
  • Kamera Hadapan: 16MP
  • 4500mAh
  • vivo FlashCharge (22.5W)
  • Bluetooth 5.0
  • Warna: Glowing Night
  • Harga:RM3899

 

Telefon Yang memang Cun Melecun!!!

Korang berani ke nak menidakkan bahawa peranti ini hadir dengan rekaan yang sangat cantik khususnya di bahagian skrin yang melengkung yang dikenali sebagai Waterfall FullView Display. Ini pun dah boleh buat korang cair!!

Nak lagi best, tiada sebarang butang fizikal ditampil pada Vivo NEX 3 ini. Fuh ni serius gempak giler!!! Sebabkan itu ia tampil dengan Touch Sense untuk mengantikan butang fizikal itu. Pada mulanya agak kekok menggunakan touch sense ini, tapi dah lama guna, terus mudah jer!!

Kamera belakang pula disusun secara membulat memberikan perasaan eksklusif pada peranti ini. Tak puas nak tengok?? Nah korang tengok la sendiri!!

Paparan Boleh Buat Anda Terkesima Tau!

Ini adalah antara sorotan pada telefon ini, paparannya yang memang cantik giler. Hadir dengan 6.89″ dan hadir dengan nisbah skrin ke kerangka yang sememangnya tinggi iaitu 99.6% disebabkan oleh ia dihadirkan dengan Waterfall FullView Display dan tiada sebarang notch.

Lengkungan itu memberikan tontonan yang lebih baik kepada anda. Mata anda akan lebih selesa menonton pada peranti ini kerana warna dan kejelasan pada paparan ini adalah selesa untuk dilihat.

Prestasi Berdesup Kencang!!!

Nak cakap apa lagi, Vivo NEX 3 ini memang tip top laa prestasinya apabila ia dihadirkan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan dipadankan dengan aspek memori 8GB + 256GB.

Lagi best sebab ia dihadirkan dengan UFS3.0 yang menyokong Vivo’s intelligent Turbo Write dan teknologi HPB yang memberikan 90% bacaan lebih pantas dan 110% kepantasan penulisan. Patutlaa berdesup dan smooth jer!!

Tak percaya? Okay kami uji prestasi telefon ini menggunakan AnTuTu Benchamark dan Geekbench 5. Hasil ujian memang tip top giler. Korang tengok la sendiri!

AuTuTu Benchmark

Geekbench 5

Kamera Yang Perform Giler!

Kalau beli telefon, korang mesti akan tengok kualiti kamera kan? aspek ini pastinya boleh buat korang terpelanting sebab Vivo NEX 3 ini hadir dengan kamera belakang 64MP + 13MP + 13MP dan 16MP untuk kamera swafoto.

Hasil gambar pada Vivo NEX 3 ini sangat bagus kerana perincian yang berjaya dirakam sangat menakjubkan walaupun anda cuba untuk zoom gambar tersebut.

Gambar ketika di dalam situasi low light juga sangat baik apabila ia mampu merakam setiap perincian dan warna yang terhasil adalah sangat baik.

Tak percaya? Korang tengoklah sendiri hasil gambar Vivo NEX 3 ini!!

 

Bateri Laju Macam The Flash!!!

Seperti yang diketahui, Vivo NEX 3 ini dihadirkan dengan bateri yang besar iaitu 4500mAh dan dipadankan dengan Vivo FlashCharge 22.5W. Tapi sejauh manakah kelajuan mengecas telefon ini? Jom kita tengok.

Kami telah mula mengecas telefon ini pada jam 10.21 pagi iaitu ketika bateri berada pada paras 15%. Ia mencapai 100% pada jam 11.29 pagi. Mengambil masa hanya selama 1 jam 8 minit. Perghh memang berdesup gilerrr!!

 

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, peranti ini sangat berbaloi untuk dimiliki. Paparan yang sangat baik ditambah dengan pemproses yang berkuasa membuatkan korang sangat seronok menggunakannya. Main game pun best giler. Touch sense pada telefon ini mungkin sedikit kekok pada mulanya, tetapi ia semakin mudah digunakannya. Apa yang boleh saya katakan, Vivo NEX 3 adalah sangat bagus selari dengan harganya yang bernilai RM3899!!

 

______________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like