OPPO F1s Edisi Istimewa, Sentuhan Khas Ayda Jebat

1Sempena meraikan lagu “Pencuri Hati” versi Dangdut dari Ayda Jebat, OPPO Malaysia telah memperkenalkan OPPO F1s edisi khas Ayda Jebat.

Dengan tagline “Selfie Expert” edisi khas F1s Ayda Jebat hadir dengan pek eksklusif berisi smartphone F1s dengan cetakan laser tanda tangan artis tersebut, OPPO x Ayda pendrive eksklusif dan t-shirt edisi terhad Ayda Jebat. Pakej OPPO F1s Ayda Jebat ini hanya dihasilkan sebanyak 1000 unit sahaja, jadi bagi mereka yang ingin mendapatkannya perlu bertindak segera.

3
Pek eksklusif berisi smartphone F1s dengan cetakan laser tanda tangan Ayda Jebat, serta OPPO x Ayda pendrive eksklusif.
4
T-shirt edisi terhad Ayda Jebat

F1s mempunyai kamera hadapan 16 megapiksel dan perisian Beauty 4.0 yang meningkatkan kualiti selfie anda. Selain itu, F1s juga mempunyai fungsi yang baru, Hi-Light, yang membolehkan pengguna untuk mengambil potret diri yang jelas, terang dan menyerlah dalam mana-mana keadaan cahaya. Selain itu kamera F1s juga dilengkapi ciri yang memudahkan pengguna menangkap gambar menggunakan kamera hadapan, seperti Palm Shutter, Voice Shutter dan banyak lagi.

Anda boleh mendapatkan OPPO F1s Ayda Jebat pada harga RM 1,398 di OPPO Store dan Shopee Malaysia.

You might also like