

Minggu lepas Samsung Malaysia Electronics (SME) telah melancarkan phablet induk mereka, Galaxy Note8 di Malaysia. Dalam pada itu, Samsung juga turut membawakan jam tangan pintar Gear Fit2 Pro kepada pengguna tempatan yang menawarkan beberapa ciri-ciri kecergasan.
Gear Fit2 Pro direka khusus kepada anda yang mementingkan gaya hidup yang sihat. Ia boleh digunakan sebagai alat untuk memantau kecergasan harian seperti berbasikal, berlari, dan berenang. Gear Fit2 Pro yang hadir dengan sensor denyutan nadi dibina dengan kerangka tahan lasak serta kalis air tawar dan masin sedalam 50 meter (5 ATM). Notifikasi dan membaca teks juga lebih mudah dengan skrin AMOLED 1.5 inci beresolusi tinggi yang terang.

Untuk melanjutkan lagi penggunaan peranti boleh-pakai ini, para pengguna boleh menggunakan aplikasi seperti MyFitnessPal, MapMyRun, Endomondo, dan UA Record sebagai rujukan kecergasan. Ia merupakan jam pintar kecergasan yang pertama di dunia yang menyokong aplikasi kecergasan pihak ketiga.
Dengan pilihan warna Liquid Black dan Diamond Red, Samsung Gear Fit2 Pro boleh didapati pada harga RM799 di semua cawangan Samsung Experience Store seluruh negara.
Spesifikasi Samsung Gear Fit2 Pro :


