vivo V7+ Peranti Pertama vivo Yang Mengenakan Teknologi Imbasan Muka

Esok vivo V7+ akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Sebelum itu, vivo mahu memperkenalkan serba sedikit apa kelebihan yang ada pada peranti ini. Vivo V7+ merupakan peranti pertama vivo yang dilengkapi skrin paparan penuh di depan. Ia dihasilkan bertujuan bagi memenuhi kehendak para pengguna dan ingin bersaing dalam industri telefon pintar tempatan.

Selain daripada memiliki paparan hampir penuh, vivo V7+ juga dimuatkan dengan sistem keselamatan yang berteknologi tinggi. Pengguna kini ditawarkan sistem imbasan muka untuk menyahkunci peranti – teknologi yang lebih kurang sama digunakan pada peranti flagship Samsung dan Apple.

Dinamakan Face Access, ciri keselamatan terbaru ini dikatakan akan memberi kemudahan kepada pengguna selain daripada fungsi pengimbas cap jari di belakang. Face Access mampu membuka peranti dalam masa 0.1 saat sahaja, sekaligus menjadikan pengalaman lebih sempurna dan lebih mudah.

Vivo V7+ akan hadir dengan kamera selfie 24 Megapiksel di samping kerangka badan yang nipis. Peranti ini mungkin akan dijual pada harga di bawah RM1500 di Malaysia dan untuk maklumat lanjut mengenainya, boleh layari Facebook vivo Malaysia.

You might also like