Huawei Maimang 6 Dilancarkan Di China – Empat Kamera Dan Kirin 659

Seperti yang dijadualkan, Huawei Maimang 6 kini dilancarkan secara rasmi di pasaran China. Syarikat dari Tembok Besar ini mengumumkan peranti ini dilengkapi dengan cip SoC Kirin 659 lapan-teras dan paparan 5.9 inci 2160 x 1080p dengan nisbah 18:9.

Dibekalkan dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB, ia juga dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3,340mAh. Pada kerangka berdimensi 156.2 x 75.2 x 7.5mm seberat 164g ini juga telah menempatkan dwi kamera 16MP + 2MP dibelakang dan 13MP + 2MP di bahagian depan. Peranti ini turut dikuasakan oleh Android 7.0 dan EMUI 5.1 yang menyokong slot Hybrid dengan fungsi dwi SIM.

Peranti dengan pilihan warna Obsidian Black, Streamer Gold dan Aurora Blue ini dijual pada harga CNY2,399 (lebih kurang RM1,525) seunit. Bagaimanapun, jika dilihat pada spesifikasi dan konfigurasi Huawei Maimang 6, ia mungkin akan diperkenalkan di Malaysia sebagai Huawei Nova 2i.

You might also like