Logitech G102, Gaming Mouse Klasik Dengan Nafas Baru

2Logitech memperkenalkan ahli terbaru bagi keluarga peranti gaming Prodigy Series. Logitech G102 Prodigy Gaming Mouse dilengkapi sensor terbaru yang dihasilkan di Switzerland yang mampu memberikan ketepatan pengesanan yang luar biasa, responsif dan juga konsisten dengan julat DPI dari 200 sehingga 6,000 DPI.

G102 diilhamkan dari rekaan klasik dan simple yang ada pada mouse gaming lagenda, Logitech G100S. Reka bentuk tersebut amat disukai oleh pemain di seluruh dunia, terutamanya dalam pertandingan eSports. Ia telah dioptimumkan dari dalam sehingga ke bahagian luar untuk memberikan ketahanan dan keselesaan dalam kegunaan harian.

Harga yang berpatutan pula menjadi tarikan utama mouse ini. Pada harga di bawah RM 100, anda boleh mendapatkan sebuah mouse berprestasi tinggi dengan DPI yang baik, kualiti binaan teguh dan butang yang telah ditala untuk kepuasan bermain permainan video.

Logitech G102 dijangkakan akan mula dijual di dalam pasaran tempatan pada bulan hadapan (November) dengan harga RM 98.00 (termasuk GST).

You might also like