
Hoverbike Kini Menjadi Realiti
Seorang tukang paip yang tidak mempunyai sijil kejuruteraan mahupun pengalaman penerbangan telah berjaya mencipta sebuah hoverbike yang berfungsi dengan sempurna. Colin Furze membina hoverbike tersebut dengan 2 rotor dan kipas, ianya berjaya diterbangkan setelah beliau menjalankan pelbagai ujian untuk menyempurnakan binaannya.
Projek tersebut menerima sumbangan dan pembiayaan dari Ford dan kempen Unlearn. Colin juga telah mencipta pelbagai mesin yang unik kerana didorong minatnya yang sangat mendalam pada dunia kejuruteraan. Antata mesin ciptaannnya adalah pelancar objek, motosikal drift dan pelbagai lagi.

