CES 2017: Lenovo 500, Alat Kawalan Multimedia Untuk Rumah Digital

lenovo-500-multimedia-controller_frontSelain memperkenalkan komputer riba Legion, Lenovo juga memperkenalkan alat kawalan multimedia pada acara CES tahun ini. Lenovo 500 merupakan peranti kawalan multimedia yang disasarkan kepada pengguna yang inginkan sistem kawalan yang lebih pantas dan mudah bagi peranti multimedia di rumah mereka.

Lenovo 500 memberikan anda akses kawalan sepenuhnya kepada TV, peranti audio, komputer dan pelbagai peranti elektronik lain, lantas memudahkan anda mengawal kesemua peranti yang ada di rumah dengan satu alat kawalan universal sahaja.

lenovo-500-multimedia-controller_sideLenovo 500 dilengkapi papan kekunci yang juga menyokong arahan gesture Windows 10 selain dari fungsi asas, dengan pantas anda dapat memasukkan input arahan tanpa perlu mengalihkan jari anda ketika menaip.

Jarak kawalan juga amat baik pada Lenovo 500, berbanding peranti alat kawalan biasa yang hanya mempunyai liputan jarak 10 meter, Lenovo 500 mampu dioperasikan 20 meter dari peranti. Lenovo 500 akan dijual bermula bulan Mac tahun ini pada harga USD 54.99 (kira-kira RM 246.93).

You might also like