
CES 2017: Lensa Mata Pintar Lenovo
Pada CES 2017, Lenovo mempamerkan Lenovo New Glass C200, sebuah lensa mata pintar yang menggunakan dua teknologi paling hangat kebelakangan ini: augmented reality (AR) dan artificial intelligence (AI).
Lenovo New Glass C200 adalah sistem lensa mata pintar yang mempunyai kebolehan mengenal pasti objek dengan menggunakan teknologi AI. Produk ini datang dengan dua bahagian utama, Unit Kaca dan Unit Pocket. Unit kaca yang ada pada peranti ini sangat ringan, di bawah 60gram dan beroperasi menggunakan sistem operasi Linux. Dunia AR akan dipaparkan pada lensa kaca dan sebelah mata lagi bebas untuk melihat dunia sebenar.
Lenovo New Glass C200 boleh mengenal pasti kira-kira 20 jenis objek, seperti skematik bangunan di dalam imej sebenar dan menggunakan perisian pengecaman AI, dinamakan Lenovo NBD Martin untuk mengenal pasti imej. Ia menganalisis data yang datang dari kamera kaca pintar, sensor dan sejarah corak penggunaan anda dan menggabungkan data tersebut, kemudian bertindak melalui arahan suara dan gerak isyarat.
Lenovo New Glass C200 dijangkakan akan melalui fasa produksi pada bulan Jun tahun ini.

