Dua Minggu Lagi Android O Akan Dilancarkan?

Pengguna Android sememangnya tidak sabar dengan kemunculan Andorid O. Sudah pasti kemas kini yang terbaru ini akan membawakan pelbagai ciri baru dan prestasi yang lebih baik kepada peranti. Menurut Evan Blass @evleaks, Google dijangka akan melancarkannya dalam masa dua minggu lagi iaitu pada 21 Ogos depan.

Seperti yang sedia maklum, Android O akan menawarkan kemaskini seperti antaramuka, emoji, Picture-in-Picture (PIP), notifikasi, dot notifikasi, permesejan dan ciri-ciri menarik yang lain.

Kebiasaannya kemas kini terbaru Android tidak akan diperoleh sejurus dilancarkan tetapi ia akan mengambil masa sebulan atau dua bergantung kepada pengeluar sesuatu jenama peranti tersebut.

You might also like