
Google I/O – Emoji Direka Semula Dalam Android O
Salah satu ciri yang menjadi tarikan kepada Android O terbaru ini ialah emoji yang dilihat telah direka semula. Android sentiasa mengubah bentuk emoji ini sejak pengenalan Android 4.4 Kitkat kerana mereka sedar bahawa pengguna akan berasa bosan jika ia masih tidak diubah walaupun kemas kini perisian dibuat.
Kali, ini bentuk gumdrop ditukar kepada bentuk bulat dengan ekspresi muka sejajar dengan apa yang Apple lakukan pada set emoji di platfom iOS. Perubahan rekabentuk pada set Emoji 5.0 ini mempunyai tekstur dengan kesan bayang-bayang yang memberikan pandangan tiga dimensi berbanding set emoji yang terdapat pada Apple dimana dilihat lebih rata.
Android O hanya ditawarkan dalam versi Beta sahaja, untuk versi rasmi ia tidak lama lagi akan bertemu pengguna seluruh dunia.
Baca lain