Shopee 12.12 Jualan Ulang Tahun Pecah Rekod Dengan 12 Juta Barangan Dijual Dalam 24 Minit Pertama

Shopee menutup tirai musim membeli-belah akhir tahun dengan 12.12 Jualan Ulang Tahun yang memecah rekod di Malaysia. Aktiviti membeli-belah melonjak di seluruh negara, dengan lebih daripada 875,000 barangan dijual di Selangor dalam sejam pertama 12 Disember. Malah, seorang pengguna membuat 180 pesanan pada pagi 12 Disember.

Pada awal bulan ini, Shopee mengumumkan langkah-langkah untuk memanfaatkan trafik dari platformnya bagi menarik kunjungan ke kedai fizikal peruncit luar talian. Beratus ribu rakyat Malaysia merebut tawaran Makanan dan Minuman menarik yang terdapat di Shopee dengan diskaun hingga 98% untuk pelbagai makanan, minuman, set makanan dan banyak lagi. Perniagaan seperti FamilyMart mencatatkan jualan hampir 80,000 baucar bagi pelbagai tawaran sepanjang tempoh kempen dari 1 Disember hingga 12 Disember; sekali gus berjaya menarik kunjungan puluhan ribu pelanggan baharu dan sedia ada ke kedai mereka.

Selain itu, Shopee menyajikan Basque Burnt Cheesecake Sofuto Sundae FamilyMart yang terkenal kepada lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia melalui permainan Shopee Farm sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya dan sokongan terhadap rakan luar taliannya.  

Kelengkapan Rumah dan Kediaman, Barangan Runcit, Barangan Kesihatan dan Kecantikan serta Gajet Mudah Alih dan Aksesori merupakan antara kategori produk yang paling popular dengan rakyat Malaysia mengambil peluang untuk memenuhi keperluan harian dan hiburan mereka. 

Sementara itu, di peringkat rantau yang merangkumi tujuh pasaran di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee mencatatkan 12 juta barangan dijual dalam masa 24 minit pertama pada 12 Disember. Pada waktu puncaknya, 1 juta barangan dibeli dalam seminit dengan para pengguna memilih daripada lebih 2 bilion produk. Para pengguna juga meluangkan lebih banyak masa di permainan dan ciri dalam aplikasi Shopee, yang menawarkan hadiah dan nilai yang lebih hebat:

  • 450 juta tontonan direkodkan di Shopee Live sepanjang tempoh keseluruhan 12.12  
  • Permainan dalam aplikasi Shopee dimain sebanyak 2.7 bilion kali 
  • Dua permainan terbaharu Shopee, Shopee Bubble dan Shopee Candy amat popular, dan secara keseluruhan dimain selama 28 juta jam  

Lonjakan aktiviti membeli-belah juga disertai dengan peningkatan penggunaan pembayaran digital. Secara khusus, para pengguna menikmati kemudahan dompet mudah alih bersepadu Shopee, ShopeePay dengan pesanan yang dibayar melalui dompet mudah alih tersebut meningkat sebanyak 18 kali ganda berbanding hari biasa

You might also like