
[Khabar Angin] 10 Ciri Yang Perlu Ada Pada iOS 12

Pada tahun ini Apple bakal melancarkan antaramuka terbaru iOS 12 kepada pengguna iPhone di seluruh dunia. Tetapi apakah ciri yang mungkin ada pada iOS terbaru ini? Menurut khabar angin yang dikongsi, ia mungkin akan menampilkan sejumlah ciri baru yang mungkin pengguna harapkan. Jadi apa kata kita lihat senarai di bawah :
1. Antaramuka baru
Pengguna mahukan perubahan ketara yang pernah dilakukan pada iOS 6 ke iOS 7. Tapi pada kali ini Apple mungkin akan membuat perubahan kecil dengan antaramuka Safari. Perubahan ketara boleh dilihat pada aplikasi pra pasang App Store pada iOS 11.
2. Mod Gelap
Sekurang-kurangnya mentatal iPhone pada waktu malam atau di bilik gelap tidak menjengkelkan atau memedihkan mata.
3. Touch ID Pada Setiap Aplikasi
Ini seperti peranti Android. Pengguna bebas untuk mengunci aplikasi yang mereka rasakan orang lain tidak perlu lihat.
4. Mod Split-Screen
Pembahagian aplikasi pada skrin kini amat penting. Pengguna boleh melakukan dua kerja dalam satu masa. Misalnya, menonton video sambil menaip mesej kepada kenalan.
5. Wallpaper Baru
Setiap versi iOS terbaru akan didatangkan dengan wallpaper baru. Jadi tidak hairan pada iOS 12, Apple akan bawakan wallpaper Live yang lebih menarik. Mungin wallpaper seperti Android Oreo pada Google Pixel 2, pergerakan ombak laut yang sentiasa memukul pantai.
6. Control Centre
Kali terakhir control centre diubah pada iOS 11, jadi mungkin pada kali ini Apple akan menambah lebih banyak ciri dan butang atau meletakkan warna pada ikon.
7. Tetapan Pada Kamera
Untuk tetapkan konfigurasi kamera, pengguna perlu ke Settings dan membuat perubahan di sana. Diharapkan selepas ini, Apple wujudkan ciri pintas terus di dalam aplikasi kamera.
8. Ikon Baru Pada Paparan
Satu-satunya ciri yang pengguna iPhone perlukan ialah ikon yang serba baru. Bukan hanya membuat perubahan kecil tetapi Apple perlu memberikan nafas baru untuk ikon pada iPhone mahupun iPad.
9. FaceTime Secara Berkumpulan
Setakat ini Apple tidak memperkenalkan ciri baru pada aplikasi FaceTime. Dengan peredaran masa, membuat panggilan video secara berkumpulan amat diperlukan.
10. Naik Taraf Kelajuan
Cip A11 Bionic disahkan sebagai cip pemproses terpantas yang ada di pasaran. Apa kata Apple naikkan lagi kebolehan iOS 12 dengan meningkatkan kelajuan dan yang paling penting stabil – pengguna tidak mahu peranti mereka diperlahankan disebabkan kapasiti bateri yang kurang.

