Pengasas Oculus Disaman Bekas Majikan

mm

Total Recall Technology telah mengambil tindakan undang-undang dan menyaman Palmer Luckey atas dakwaan bahawa pengasas Oculus itu telah melanggar perjanjian.

Mengikut sumber, syarikat teknologi berpengkalan di Hawaii telah menandatangani perjanjian dengan Palmer Luckey pada tahun 2011 apabila mereka merekrut beliau untuk pembangunan teknologi virtual. Kontrak tersebut dikatakan telah dipersetujui kedua-dua pihak beberapa bulan sebelum Palmer Luckey memperkenalkan projek Oculus di dalam Kickstarter.

Syarikat tersebut menuduh Palmer Luckey telah melanggar kontrak dengan menggunakan kerja dan penyelidikan yang sepatutnya menjadi milik syarikat tersebut, projek Oculus Rift merupakan salah satu kempen paling berjaya di dalam sejarah Kickstarter dan ianya telah dijual kepada Facebook dengan nilai USD 2 bilion

You might also like