Samsung Galaxy Note5 Kini Menawarkan Warna Merah Jambu Emas

Samsung Galaxy Note5 sejak diperkenalkan di pasaran, turut mendapat sambutan hebat di kalangan orang ramai. Popularitinya diterima seiring dengan pujian daripada pelbagai pihak dan menjadi phablet terbaik di pasaran.

Kini pihak Samsung Malaysia telah menambah penawaran mereka dengan memperkenalkan Samsung Galaxy Note5 terbaru dalam pilihan warna merah jambu emas (Pink Gold). Pilihan warna merah jambu merupakan salah satu pilihan yang paling diminati terutamanya golongan wanita.

Samsung Galaxy Note5_Pink Gold_2

Tawaran warna terbaru Galaxy Note5 merah jambu emas ini adalah terhad, anda yang berminat boleh mendapati pada harga RM2699 bermula 21 Januari 2016 (sementara stok masih ada). Galaxy Note5 juga menawarkan pilihan warna Gold Platinum, Silver Titanium, White Pearl dan Black Sapphire.

You might also like