Google Play Store V6.7 Kini Hadir Dengan Keupayaan Menyertai/Meninggalkan Program Beta

pic 4_meitu_4Jika anda merupakan salah seorang daripada pengguna peranti Android yang banyak menyertai program beta, sudah tentunya anda mengetahui bahawa proses untuk menyertai ataupun meninggalkan program tersebut agak remeh untuk dilakukan.

Kini dengan kehadiran kemas kini Play Store versi 6.7, Google telah memudahkan proses tersebut kerana pengguna berupaya melihat status beta tersebut dengan lebih mudah iaitu terus melalui butiran aplikasi itu sendiri. Malah proses untuk menyertai ataupun meninggalkan program beta itu dapat diakses tanpa perlu membuka pautan berasingan kerana ia telah disediakan dengan butang khas pada ruangan khas itu.

 

 

You might also like