
Ketirisan Gambar Moto G4 Plus Lengkap Dengan Kotak Pembungkusan
Sebuah blog dari India akhirnya telah menamatkan segala persoalan berhubung model terbaru keluaran Motorola Mobility dengan ketirisan gambar yang telah dikongsikannya. Berdasarkan gambar itu, dapat disahkan bahawa model terbaru itu akan membawa nama Moto G4 Plus yang jelas dapat dilihat pada stiker pelindung yang terdapat pada panel depan peranti tersebut.
Malah enam ikon pada stiker itu juga telah mengesahkan sokongan spesifikasi Moto G4 Plus yang mana hadir dengan pengimbas cap jari, kamera utama 16 Megapiksel dengan sokongan Laser Auto Focus, kamera depan 5 Megapiksel, bateri berkapasiti 3000 mAh dengan teknologi pengecas pantas dari TurboPower, memori dalaman sebesar 32GB, paparan skrin 5.5 inci 1080p dan juga dikuasakan oleh pemproses Octa Core dengan RAM berkapasiti 2GB.