Miliki HUAWEI Mate 40 Pro Pada Harga Hanya RM98 Sebulan Menerusi Program Digi PhoneFreedom 365 !!!

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini mengumumkan ketersediaan siri peranti terbaharu HUAWEI Mate 40 Pro menerusi program PhoneFreedom 365 (PF365) yang mana ia bermula dari 12 Disember.

Dengan hanya RM98 sebulan, pelanggan boleh menikmati pelan ini. Anda juga boleh menerima data dua kali ganda iaitu sehingga 200GB sebulan bagi Digi Postpaid 12.

Selain itu, Pelanggan yang melanggan Digi Postpaid 160 dan Digi Postpaid 190 akan menikmati Digi Shield Coverage yang mana ia merupakan perlindungan pelan yang melindungi peranti daripada kemalangan dan kerosakan cecair sehingga 2 tahun.

Pelanggan yang membeli peranti menerusi Digi PF365 akan layak untuk menyertai kempen “HUAWEI Sound X Giveaway” yang membolehkan mereka memenangi HUAWEI Sound X dan hadiah percuma bernilai sehingga RM3300!!

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang http://digi.my/mate40pro.

You might also like