
Nokia Hasilkan True Wireless Earbuds Dan Pro Earphones
HMD Global telah melancarkan 2 produk baharu Nokia True Wireless Earbud dan Pro Wireless Earphones yang mana ia telah dilancarkan di London.
Bagi Nokia True Wireless Earbuds ini pada zahirnya merupakan sepasang earphones stereo yang kecil yang boleh di bawa ke mana sahaja yang mana berat setiap Bud ialah 5g dan membolehkan anda memainkan music player sehingga 3.5 jam.
Ia didatangkan sekali dengan Bluetooth 5.0 dan produk ini kalis peluh dan percikkan air. Justeru, ia sangat sesuai untuk di bawa ketika bersukan.
Bug ini di simpan di dalam bekasnya yang mana mempunyai butang tolak untuk mengeluarkan Buds tersebut daripada bekas itu. Ia boleh dicas menggunakan USB-C dan mempunyai penunjuk caj LED bagi memberitahu bila bud tersebut perlu dicaj.
Terdapat juga Pro Wireless Earphones yang mana ia mampu untuk beroperasi sehingga 10 jam ketika memainkan pemain muzik, ia didatangkan sekali dengan neckband. Tempahan awal bagi kedua-dua produk ini akan dibuka tidak lama lagi.