Raikan Lebaran Ini Dengan TV SUHD 2016 Terbaru Dari Samsung

Dengan kemajuan pesat teknologi pada abad ke-21, reka bentuk set TV telah berubah menjadi lebih lebar dan nipis. Walaupun saiz skrin semakin besar dan lebih nipis, kebiasaannya TV akan dipasang atau diletakkan rapat pada dinding. Sempena lebaran pada tahun ini, serikan ruang rumah anda dengan set TV SUHD 2016 terbaru keluaran Samsung yang menampilkan reka bentuk dinamik untuk disesuaikan dengan hiasan dalaman ruang menonton anda.pic 1.1 pic 1.2

Rekaan paparan skrin TV SUHD dengan sokongan sehingga 360 darjah ini berupaya memastikan semua orang yang berada di dalam ruang menonton berupaya menerima sudut pandangan yang menakjubkan. Bahkan Samsung juga turut menitik beratkan penampilan reka bentuk TV SUHD keluarannya, sehinggakan butiran kecil seperti penggunaan skru juga turut disingkirkan agar ia menjadi sebahagian daripada rekaan dekorasi yang bergaya di dalam rumah anda.pic 2.1 pic 2.2

Sokongan paparan skrin TV melengkung tanpa bezel yang pertama di dunia ini juga secara tidak langsung berupaya membuatkan tetamu yang datang ke rumah anda terpegun. Perkongsian gambar atau rakaman video keluarga yang disimpan di dalam peranti mudah alih juga boleh terus dikongsikan ke paparan skrin TV SUHD yang lebih besar secara wayarles. Barisan set TV SUHD 2016 dari Samsung ini juga turut dilengkapi dengan teknologi dot Quantum yang mampu memaparkan imej dan juga warna yang lebih memukau.

Set TV SUHD 2016 ini boleh didapati di Samsung Experience Store atau pengedar yang sah dengan harga antara RM5,999 hingga RM99,999.

https://www.youtube.com/watch?v=4bsTCr7t5uk&feature=youtu.be

You might also like