Peranti Xiaomi Mula Menerima Kemaskini MIUI8 Bermula 16 Ogos 2016

145903putad5axqidee3dtHari ini, Xiaomi dengan rasminya mengumumkan OS MIUI8 untuk peranti Xiaomi pada peringkat global. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkan MIUI8, tetapi untuk pasaran China sahaja.

152406apxmnxaxxi9vk0wjXiaomi akan memulakan ujian beta terbuka untuk MIUI8 pada 11 Julai 2016, dan menawarkannya dalam bentuk stabil kepada semua pengguna Xiaomi bermula 16 Ogos 2016.

152419yd5kqd7vfncndnccDi antara peranti yang bakal menerima kemas kini MIUI8 adalah Mi 2/2S, Mi 3, Mi 4, Mi 4i, Mi 5, Mi Note, Mi Max 32GB, Redmi 1S, Redmi 2, Redmi 2 Prime, Redmi Note 3G, Redmi Note 4G, Redmi Note Prime, Redmi Note 2, Redmi Note 3 Qualcomm.

MIUI8 menawarkan penambahbaikkan pada rekaan serta membawakan beberapa ciri-ciri baru yang tampil lebih berwarna warni, penuh animasi dan terdapat juga font baru hasil kerja tangan Xiaomi sendiri, Mi Lanting.

You might also like