HONOR MagicBook Turut Rasmi & Dijual Pada Harga RM2300!!

HONOR turut mengumumkan komputer riba pertama mereka yang dikenal sebagai HONOR MagicBook yang mana ia dijual pada harga RM2299 dan hadir dengan pelbagai hadiah percuma bernilai sehingga RM1017 dan akan tersedia mulai 8 April ini.

Komputer riba ini tampil dengan spesifikasi yang mengagumkan apabila ia dihadirkan dengan skrin 14″ Full HD IPS display dengan bezel senipis 5.2mm.

Komputer riba ini dikuasakan oleh AMD Ryzen 5 3500U dan dipadankan dengan Radeon Vega 8 Graphics yang memberikan prestasi yang sangat lancar tanpa sebarang lag. Ia turut dipadankan dengan 8GB RAM and 512GB storan.

Jika dilihat dari kapasiti bateri juga, ia sangat bagus apabila ia hadir dengan 57.6Wh yang mana ia mampu bertahan sehingga 10 jam. Lebih menarik apabila ia tampil dengan sokongan 65W pengecasan pantas!

Bagi yang berminat, komputer riba ini akan tersedia di HONOR Online Store, Shopee, SenHeng dan SenQ.

 

 

 

 

 

You might also like