Rasmi!! HTC U11 Dilancarkan Pada Harga RM3,099 – Perah Saja!

Acara perasmian peranti terkini HTC yang berpengkalan di Taiwan baru sahaja berlangsung sebentar tadi. Apa yang ditampilkan ialah HTC U11 iaitu flagship terbaru yang hadir dengan ciri unik dengan kerangka badan kiri dan kanan boleh diperah untuk membuka pelbagai aplikasi mengikut tetapan pengguna.

Sensor tekanan yang berada di sisi kiri dan kanan kerangka dikenali sebagai HTC Edge Sense, ia memudahkan pengguna untuk merakam gambar dan video daripada kamera belakang yang menggunakan teknologi DxOMark³ 12 Megapiksel HTC UltraPixel 3, manakala depan dimuatkan dengan kamera 16 Megapiksel dibantu sensor BSI dan HDR Boost. Di samping itu, ia juga didatangkan dengan fungsi UltraSpeed AutoFocus di mana terdapat di kebanyakan kamera DSLR sahaja.

Fizikal luaran dengan kemasan Liquid Surface gelas 3D berkilau di depan dan belakang menyediakan pilihan warna Amazing Silver, Sapphire Blue dan Brilliant Black. Skrin paparan pula bersaiz 5.5 inci Quad HD 2K Super LCD ini juga hadir dengan panel kaca 3D Corning Gorilla Glass 5. Perkakasan dalaman menerima cip kuasa daripada Snapdragon 835 lapan teras 2.45GHz bersama-sama RAM 6GB dan ruang storan sebanyak 128GB.

Perisian HTC U11 ini menerima Android 7.1 bersama HTC Sense dengan ciri pintar HTC Sense Companion dan Google Assistant akan membantu pengguna mencari kandungan berdasarkan rutin dan aktiviti pengguna lakukan setiap hari.

Selain itu, HTC tidak pernah lupa untuk memberikan pengalaman hiburan terbaik dengan memasukkan HTC U Sonic, sebuah fon telinga dengan fungsi Active Noise Cancellation yang dapat menghalang bunyi yang tidak diinginkan dirakam. Selain itu, pembesar suara masih lagi menggunakan HTC BoomSound Hi-Fi mendapat naik taraf bagi memberikan bunyi yang realistik dan mengasyikan.

HTC U11 dijual pada harga RM3,099 bermula hujung bula Jun 2017 di semua pengedar yang sah.

 

Spesifikasi
  • Paparan 5.5 inci QHD 2K Super LCD Gorilla Glass 5
  • Android 7.1 Nougat / HTC Sense
  • Set cip Qualcomm Snapdragon 835 lapan teras 64-bit 2.45GHz
  • Memori RAM 6GB dan storan 128GB
  • Menyokong kad microSD sehingga 2TB
  • Kamera Utama 12MP f/1.7 HTC UltraPixel 3 dengan 1.4µm, BSI, OIS, dwi LED
  • Kamera Depan 16MP HDR, bsi, Self Timer, Panorama, video 1080p, Live make-up
  • Dwi SIM Nano 4G LTE Cat.16 dan 4G LTE Cat.15
  • HTC BoomSound Hi-Fi, HTC U-Sonic dengan Voice Noise Cancellation
  • Berat 169g dengan dimensi 153.9 x 75.9 x 7.9mm
  • Bateri 3,000mAh Quick Charge 3.0
  • USB Type-C, Bluetooth 4.2, NFC
  • Kalis air IP67

 

You might also like