TP-LINK Melancarkan Dua Model Baru, Neffos X1 & Neffos X1 Max

neffosx1announcementsmall.pngTP-LINK, bukanlah nama baru dalam pengeluaran smartphone, di mana sebelum ini telah memperkenalkan Neffos C5 dan Neffos C5 Maxdi pasaran Malaysia dengan harga mampu milik. Mengambil bahagian pada pameran IFA 2016 di Berlin, TP-LINK telah melancarkan dua model terbarunya iaitu Neffos X1 serta Neffos X1 Max.

Neffos X1 menampilkan rekaan logam yang kelihatan premium dengan kehadiran kaca 2.5D dan bezel hanya 0.6mm. Malah rekaannya juga nipis iaitu 7.95mm. Diserikan bersama paparan skrin berukuran 5.0 inci dengan resolusi 1280×720 piksel, Neffos X1 telah dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio P10 dengan dua pilihan memori iaitu 16GB ROM, 2GB RAM dan 32GB ROM, 3GB RAM serta bateri berkapasiti 2250mAh.

neffos_x1_x1max_5
Neffos X1 & X1 Max

Bagi model Neffos X1 Max pula, ia hadir dengan paparan skrin lebih besar berukuran 5.5 inci dengan resolusi HD penuh dan menawarkan ketebalan hanya 7.75mm. Selain kapasiti bateri lebih besar iaitu 3000mAh bersama sokongan pengecasan pantas yang membolehkan peranti dicas sebanyak 50% dalam masa 30 minit, Neffos X1 Max turut didatangkan dengan dua pilihan memori iaitu 32GB ROM, 3GB RAM serta 64GB ROM, 4GB RAM.

eDi antara fungsi lain yang masih dikekalkan pada kedua-dua peranti ini adalah kamera utama 13 Megapiksel dengan sokongan PDAF serta kamera depan pula beresolusi 5 Megapiksel. Dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow, kedua-duanya menyokong sistem pengimbas cap jari yang sangat pantas, hanya 0.2 saat.

Neffos_X1_X1MaxSiri Neffos X1 ini bakal hadir dengan dua pilihan warna iaitu Cloudy Grey dan Sunrise Gold pada suku keempat tahun 2016. Ia bakal dijual bermula € 199 (kira-kira RM 907) untuk model X1 dan € 249 (kira-kira RM 1,135) bagi model X1 Max.

https://www.youtube.com/watch?v=bSd95RN_FJQ

You might also like