TP-LINK Lancar Phablet Neffos C5 Max Dengan Harga Jualan RM699

pic 1Selaku pembekal global terbesar produk rangkaian WiFi, TP-LINK telah memperkenalkan satu lagi model terbarunya dari siri Neffos C5 untuk pasaran tempatan dengan kehadiran model Neffos C5 Max. Menurut Hugo Cai selaku Pengurus Negara TP-LINK Distribution Sdn Bhd, TP-LINK telah menceburi pasaran smartphone buat pertama kali pada Mac 2016 yang lalu dengan kehadiran Neffos C5 serta Neffos C5L dan ianya telah diterima baik oleh pengguna. Sambutan positif ini sekaligus memberi peluang untuk memperluaskan lagi siri Neffos C5 dengan kemunculan Neffos C5 Max yang berupaya memenuhi keperluan dan juga gaya hidup pengguna yang berbeza.

(Dua dari kiri) Martin Zhu – Pengarah Produk Bahagian Telefon Mudah Alih Neffos, Hugo Cai – Pengurus Negara TP-Link Distribution Sdn. Bhd., Robert Hu – Pengurus Wilayah Asia Pasifik dan Timur Tengah Afrika (MEA) Neffos, Bruce Lim – Naib Presiden Bahagian Dagangan 11street, dan juga Martin Zhu – Pengarah Produk Bahagian Telefon Mudah Alih Neffos.
(Dua dari kiri) Martin Zhu – Pengarah Produk Bahagian Telefon Mudah Alih Neffos, Hugo Cai – Pengurus Negara TP-Link Distribution Sdn. Bhd., Robert Hu – Pengurus Wilayah Asia Pasifik dan Timur Tengah Afrika (MEA) Neffos, Bruce Lim – Naib Presiden Bahagian Dagangan 11street, dan juga CM Loo – Pengurus Pemasaran Senior, ECS ICT Bhd. (ECS).

Berbeza dengan model keluarannya sebelum ini, Neffos C5 Max menampilkan sokongan spesifikasi yang lebih baik dengan paparan skrin lebih besar beresolusi 1080p, peningkatan lensa yang lebih tinggi pada kedua-dua kamera, dan juga pemproses yang lebih berkuasa. Dengan harga mampu milik, Neffos C5 Max menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna dengan ciri-ciri yang telah diperbaharui.pic 3

Sebagai sebahagian daripada strategi untuk menjangkau lebih ramai pengguna, TP-LINK telah bekerjasama secara eksklusif dengan 11street untuk kempen yang berlangsung selama 3 bulan bermula 28 Jun 2016. Ini bermakna dalam tempoh tersebut, Neffos C5 Max hanya boleh dibeli secara eksklusif melalui 11street. Lebih menariknya, 50 orang pembeli pertama yang membeli Neffos C5 Max di 11street akan menerima speaker Bluetooth mudah alih Groovi Ripple yang bernilai RM159 secara percuma. Tawaran ini sah bermula dari 28 Jun sehingga 10 Julai 2016 selagi stok masih ada.

Penampilan Fizikal

Ditawarkan dalam dua warna iaitu Hitam dan Putih.
Ditawarkan dalam dua warna iaitu Hitam dan Putih.

Fungsi Menarik

Hidden Apps
Hidden Apps
Private Album
Private Album

SPESIFIKASI

  • 152 x 76 x 8.95mm
  • 147g
  • Android 5.1 Lollipop
  • 5.5 inci IPS LCD, 1080×1920 piksel
  • MediaTek MT6753 Octa Core 1.3GHz Cortex A-53
  • Mali-T720 MP3
  • 16GB, RAM 2GB, microSD sehingga 32GB
  • Dual SIM Dual Standby (microSIM)
  • 13 Megapiksel / 5 Megapiksel
  • 3045mAh
You might also like