Samsung DeX, Dok Istimewa Menukar Samsung Galaxy S8 Menjadi Komputer Meja

Bersama-sama dengan Galaxy S8, Samsung mengumumkan aksesori baru untuk digunakan dengan Galaxy S8. Dok ini dikenali sebagai Samsung DeX, apabila dok ini diletakkan dan disambungkan kepada monitor dan Galaxy S8, anda akan mempunyai sebuah komputer meja.

Apabila diletakkan ke dok, aplikasi yang anda gunakan akan disesuaikan untuk paparan monitor. Samsung juga bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Microsoft dan juga Adobe bagi memastikan aplikasi-aplikasi penting dioptimumkan untuk penggunaan DeX. Dok ini mempunyai port HDMI, 2 USB port untuk perkakasan dan penyambung USB-C untuk kuasa dan data.

Samsung masih belum mengumumkan harga dan ketersedian DeX buat masa kini, kita nantikan ketibaannya nanti.

You might also like