
Lagi berita mengenai Samsung Galaxy S8 yang baru sahaja dilancarkan. Menurut Lee Jui Siang (Naib Presiden IT & Mobile Business, Samsung Malaysia), tiga variasi warna Galaxy S8 akan dibawa masuk ke Malaysia di dalam fasa pertama jualan iaitu hitam, kelabu dan juga emas.
Beliau menambah lagi bahawa pra-tempah untuk Galaxy S8 akan dimulakan pada 11 April 2017 sehingga 13 April 2017 berserta tawaran hadiah istimewa dan juga diskaun.
Tabung ada lagi kan? Pergi korek sekarang!

