
Sony Malaysia baru-baru ini telah melancarkan dua model premium TV 4K HDR untuk pasaran negara ini dengan kemunculan siri BRAVIA Z9D dalam dua saiz berbeza iaitu 65 inci dan juga 75 inci. Kedua-dua model terbaru ini sudah boleh didapati melalui Sony Stores dan Sony Centres yang sah pada harga masing-masing RM23,999 dan juga RM29,999.
Apa yang pasti, kemunculan siri Z terbaru ini telah menerajui teknologi paparan dengan sokongan 4K High Dynamic Range (HDR) yang diperbaharui dengan sokongan Kontras Ekstrim, paparan lebih realistik dan juga warna yang lebih tepat.
Siri Z9D telah menampilkan pemproses imej 4K terbaru iaitu 4K HDR Processor X1 Extreme untuk pemprosesan imej masa-nyata sehingga 40% lebih baik berbanding sebelum ini, dan juga teknologi backlight yang unik dengan Backlight Master Drive, bagi memastikan kontras yang luar biasa dan juga taburan warna yang sangat tepat. 
Malahan Super Bit Mapping 4K HDR berkeupayaan 14-bit yang disokong oleh Z9D ini juga mampu menghasilkan gambar yang lebih asli dan lancar, mengatasi warna yang dihasilkan oleh teknologi 8-bit (HD Penuh) atau 10-bit (4K).

