Rakuten Malaysia Dihentikan

rakuten-malaysia

Selepas hampir 4 tahun beroperasi sebagai salah satu stor atas talian di Malaysia, kini Rakuten mengumumkan akan menamatkan servis mereka pada bulan March. Langkah pemberhentian operasi ini juga diambil Rakuten Singapura dan Indonesia. Rakuten buat pertama kalinya diperkenalkan di Asia Tenggara apabila syarikat Jepun tersebut memulakan servis di Taiwan. Langkah-langkah pemberhentian servis sudah mula dijalankan, kini akaun Facebook dan Twitter Rakuten Malaysia sudah tidak lagi aktid dan dijangkakan tidak lama lagi notis akan mula diedarkan kepada pelanggan dan peniaga yang menggunakan platform Rakuten.

Rakuten-Malaysia

Pemberhentian servis di Malaysia tidak bermakna Rakuten tidak akan lagi beroperasi di sini, menurut beberapa sumber Rakuten bakal memeperkenalkan Rakuma, ia merupakan servis jualan antara pengguna, konsep yang sama dapat dilihat pada servis Mudah dan Carousell.

You might also like