
Tri-Kamera Swafoto?! Rekaan Meitu MP1801 Tertiris!
Jikalau rekaan tiga kamera di panel belakang menjadi perbualan orang ramai masa kini, maka jenama Meitu ini pasti lebih “memeranjatkan” anda semua.
Rekaan tiga kamera bukan pada kamera utama, tetapi pada kamera swafoto! What?!
https://gph.is/2oPoP4I
Ya, gambar tertiris dari laman TENAA baru-baru ini memperlihatkan model dengan nama Meitu MP1801 ini hadir dengan tiga kamera swafoto yang beresolusi 12MP + 20MP + 8MP.
Selain kamera swafoto, prestasi dalaman Meitu MP1801 juga tidak boleh dipandang rendah. Dilengkapi sistem operasi terkini iaitu Android Pie, menggunakan pemproses Octa-core yang dijana di bawah 8GB RAM dan 256GB ROM.
Pada kapasiti bateri sebesar 3,400mAh ini tersedia sebuah skrin 6.21 inci dengan paparan OLED FHD+, oh ya kamera utama hanya disediakan dwi lensa masing-masing 12MP dan 8MP. Kualiti penggambaran tetap menakjubkan kerana jenama Meitu terkenal dengan teknologi penggambaran yang cukup hebat.
Adakah anda akan membeli peranti pintar dengan tiga kamera swafoto? Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan komen.

