“ManaBox” Daripada Samsung – Beri Keseronokan Berganda, Di Samping Ganjaran Hebat Setiap Hari!

Seperti sedia maklum, jelajah Samsung Galaxy A9 (2018) akan berlangsung pada 23 hingga 25 November 2018 di tiga lokasi tersebut iaitu One Utama (Selangor), Gurney Plaza (Penang) dan City Square (Selangor).

Peranti pertama di dunia yang menawarkan empat kamera utama itu akan dijual pada harga RM 1,999 seunit dan boleh didapati dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink.

Bagaimanapun, kejutan tidak hanya terhenti di situ apabila buat pertama kalinya, Samsung memperkenalkan permainan mudah alih tersendiri yang dikenali sebagai “ManaBox” dan boleh dimuat turun bermula 23 November 2018!

Diciptakan sesuai untuk semua lapisan umur, permainan mudah alih ini pasti menjanjikan sebuah keseronokan berganda yang pasti memuaskan disamping menawarkan pelbagai ganjaran menarik setiap hari!

Bagi yang berminat, anda boleh bermain aplikasi ini dengan 3 langkah mudah :

  • Langkah 1 : Muat turun aplikasi “ManaBox” di Gedung Google Play / App Store
  • Langkah 2 : Tangkap Kotak “Mana”
  • Langkah 3 : Nyahkotak dan tebus ganjaran hebat setiap hari!

You might also like