
Kejayaan Realme terus berkembang dengan sokongan dari seramai 12,000 pengikut di Kedai Rasmi Realme di Shopee! Menurut Tiffany Teh, Pengurus Jenama Realme Malaysia, bilangan pengikut sememangnya satu pencapaian cukup hebat bagi jenama mereka yang baru sahaja tiba di pasaran tempatan.
Setelah Realme 2 Pro dijual sehingga habis stok di ‘Shopee 11.11 Big Sale’ dan seterusnya dinobatkan sebagai ‘Juara Telefon Pintar’ di ‘Men’s Festival’, jelas membuktikan peranti ini mempunyai prestasi yang cukup memuaskan.
Realme 2 Pro dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 660AIE, Adreno 512 GPU dan antaramuka Color OS 5.2 yang berasaskan Android 8.1. Paparan skrin dengan takuk Dewdrop ini berukuran 6.3 inci, dilengkapi dengan nisbah skrin-ke-kerangka sehingga 90.8%.
Jualan Realme 2 Pro di Shopee yang seterusnya bakal berlangsung pada 28 November 2018, pukul 9 pagi, pada harga promosi berikut:
- 4GB RAM + 64GB ROM – RM 799 (Harga asal RM 849)
- 6GB RAM + 64GB ROM – RM 899 (Harga asal RM 949)
- 8GB RAM + 128GB ROM – RM 999 (Harga asal RM 1,099)

_________________________________________________________________
[ Artikel Popular ] Ulasan: 6 Keunggulan Utama Pada Realme 2 Pro Yang Perlu Anda Tahu
[ Artikel Popular ] Perbandingan Spesifikasi : Realme 2, Realme 2 Pro & Realme C1
[ Artikel Popular ] [Zon Perbandingan] Realme 2 Pro, Huawei Nova 3i, Samsung Galaxy A8 (2018) & Xiaomi Mi A2

