Tronsmart Menampilkan 4 Produk Pengecasan Pantas Terbaru

Tronsmart, pengeluar aksesori telefon pintar terkemuka dengan rasminya telah memasuki pasaran Malaysia. Produk keluaran Tronsmart direka khas untuk penggunaan seharian pengguna, di samping memberikan pengalaman yang tiada bandingan di dalam pasaran aksesori mudah alih.

Tronsmart dengan bangganya telah memperkenalkan 4 produk terbaru dengan sokongan teknologi Quick Charge 3.0 dan VoltiQ, iaitu Titan Plus 90W Multi-Port USB Charger, BRIO 20,100 mAh PD Power Bank, AIRAMP Dual Coil Wireless Charger dan W2DT Wall Charger.

Menurut Tronsmart, meraka akan mengumumkan produk baru yang menggunakan teknologi Quick Charge 4.0 dari Qualcomm di 2018 nanti. Di samping itu, produk yang menggunakan teknologi cas tanpa wayar dan juga tenaga solar akan dilancarkan. Untuk audio pula, produk yang menggunakan teknologi Bluetooth 5.0 dan Amazon Alexa akan hadir ke pasaran dunia pada masa yang sama.

 

U5TF Titan Plus 90W Multi-Port Desktop Charger

Dengan jumlah output sebanyak 90W, pengecas meja Tronsmart U5TF Plus mempunyai 5 port pengecas USB-A yang menyokong teknologi pengecas pantas Qualcomm Quick Charge 3.0. Telefon pintar yang menyokong Quick Charge 3.0 termasuklah Xiaomi Mi 6, HTC U11, LG G6, Nokia 8 dan banyak lagi.

Tronsmart Titan Plus akan berada di pasaran mulai 25 Disembr 2017 dengan tawaran harga RM209.

Titan Plus boleh mengesan peranti yang tersambung untuk mengecasnya dengan teknologi VoltiQ dan juga menyokong teknologi pengecasan pantas Huawei FCP. Untuk peranti biasa, ia boleh mengecas dengan output maksimum 2.4A dan juga perlindungan pelbagai lapisan untuk memastikan peranti anda selamat.

 

BRIO 20,100mAh Power Bank

Power bank Tronsmart Brio 20,100mAh mempunyai dua port USB Type-A dengan teknologi VoltiQ dan port USB Type-C yang menyokong protokol Power Delivery 2.0 yang boleh menyalurkan sehingga 30W. Peranti yang menyokong protokol ini termasuk Apple MacBook, iPhone 8/8 Plus, iPhone X, Nintendo Switch dan sebagainya.

Brio 20,100mAh boleh didapati di pasaran Malaysia pada Januari 2018 dengan harga RM 329.

Tronsmart Brio juga boleh mengecas sehingga 3 peranti secara serentak dengan output maksimum sebanyak 54W. Power bank ini menggunakan sel bateri dari LG, mempunyai kualiti yang tinggi dan selamat untuk digunakan.

 

AIRAMP Dual Coil Wireless Charger

AirAmp Dual Coil Wirless Charger adalah salah satu produk yang berinovatif tinggi kerana reka bentuknya yang ergonomik dan juga keupayaan untuk mengecas pantas tanpa wayar. Anda tidak perlu risau kerana pengecas tanpa wayar AirAmp dilengkapi dengan lubang penyejuk di belakang untuk menyejukkan pengecas.

AirAmp Wireless Charger kini dijual di pasaran Malaysia dengan harga RM 199.

Pengecas ini juga mempunyai perlindungan pelbagai lapisan yang melibatkan perlindungan lebih-pengecasan, perlindungan lebih-voltan, perlindungan lebih semasa dan juga perlindungan litar pintas. Produk ini boleh digunakan dengan telefon pintar yang menggunakan casing, jadi telefon boleh dicas tanpa membuka casing.

 

W2DT 48W USB Wall Charger

Dinobatkan sebagai pengecas dinding paling berkuasa, Tronsmart W2DT hadir dengan teknologi USB Power Delivery dan sokongan Qualcomm Quick Charge 3.0 dan VoltiQ. Ia boleh digunakan dengan pelbagai sambungan, termasuklah USB Type-C dan Micro-USB. Quick Charge 3.0 yang terbina dalam boleh mengecas 4 kali lebih pantas dari pengecas biasa, dan 40% lebih pantas dari teknologi Quick Charge 2.0.

W2DT USB Wall Charger akan tiba di Malaysia pada Januari 2018 dengan harga RM 179.

Port USB Type-C Power Delivery menyalurkan 30W untuk mengecas peranti, ia boleh digunakan untuk mengecas MacBook, Google Chromebook Pixel, iPad Pro dan sebagainya. Port USB dengan Qualcomm Quick Charge 3.0 dan teknologi VoltiQ pula boleh mengesan jumlah tenaga yang diperlukan untuk setiap peranti yang disambungkan. Ia sesuai untuk peranti yang menyokong Quick Charge 3.0 seperti Samsung Galaxy Note 8 dan juga peranti lain seperti iPhone.

Kesemua produk Tronsmart boleh dibeli di kedai atas talian Lazada, 11street, Lelong dan Shopee. Selain itu, anda juga boleh dapatkan dari kedai IT dan elektronik terkemuka seperti Flash Gadgets (Foto Flash), iGadget, All IT Hypermarket, Mac Studio, My Chameleon, Telstar dan Sun Global Concept Store.

 

You might also like